Singing Hatsune Miku -->

I am is Who I am not OTHERS

Wednesday, 23 October 2013

FYP

Minggu ini aku yakin dan pasti merupakan hari penting bagi senior-seniorku. Kenapa aku begitu yakin? Kerana aku akan turut menjadikan minggu ini minggu yang sangat penting jika aku berada di tempat mereka.


 Apa itu FYP? FYP ialah ringkasan bagi Final Year Project. Sebelum menamatkan pengajian untuk sesuatu kos, anda perlu menyediakan thesis. Oleh itu, untuk memulakan membuat thesis, anda harus menyediakan proposal untuk dibentangkan dan ini akan dinilai dan dikomen oleh para pensyarah.
oleh sebab kamera rosak, terpaksa guna gambar en google

Inilah yang berlaku pada minggu ini. PEMBENTANGAN PROPOSAL. Proses ini sangat penting kerana pandangan pertama pensyarah terhadap kerja kita akan memberi impak kepada kerja2 kita yang seterusnya dan juga markah FYP. Kehadiran aku dalam bilik pembentangan membuatkan hatiku terdetik adakah aku mampu membuat yang lebih baik dari mereka atau sehebat mereka atau lebih teruk dari mereka.

zzzzZZZZZzzzz..
 Gelagat senior-seniorku ada yang membuatkan aku kagum sampai aku berkata 'what the cool man', ' i'm immersed in her/his presentation'. Tapi ada juga yang membuatkan aku lena dibuai mimpi disiang hari. Dan apa yang aku boleh buat sekarang, jadikan yang bagus itu sebagai inspirasi dan yang sebaliknya sebagai peringatan. InsyaAllah..
chaiyok2 senior2ku

just my opinion

No comments:

Post a Comment