Singing Hatsune Miku -->

I am is Who I am not OTHERS

Wednesday, 23 October 2013

FYP

Minggu ini aku yakin dan pasti merupakan hari penting bagi senior-seniorku. Kenapa aku begitu yakin? Kerana aku akan turut menjadikan minggu ini minggu yang sangat penting jika aku berada di tempat mereka.


 Apa itu FYP? FYP ialah ringkasan bagi Final Year Project. Sebelum menamatkan pengajian untuk sesuatu kos, anda perlu menyediakan thesis. Oleh itu, untuk memulakan membuat thesis, anda harus menyediakan proposal untuk dibentangkan dan ini akan dinilai dan dikomen oleh para pensyarah.
oleh sebab kamera rosak, terpaksa guna gambar en google

Inilah yang berlaku pada minggu ini. PEMBENTANGAN PROPOSAL. Proses ini sangat penting kerana pandangan pertama pensyarah terhadap kerja kita akan memberi impak kepada kerja2 kita yang seterusnya dan juga markah FYP. Kehadiran aku dalam bilik pembentangan membuatkan hatiku terdetik adakah aku mampu membuat yang lebih baik dari mereka atau sehebat mereka atau lebih teruk dari mereka.

zzzzZZZZZzzzz..
 Gelagat senior-seniorku ada yang membuatkan aku kagum sampai aku berkata 'what the cool man', ' i'm immersed in her/his presentation'. Tapi ada juga yang membuatkan aku lena dibuai mimpi disiang hari. Dan apa yang aku boleh buat sekarang, jadikan yang bagus itu sebagai inspirasi dan yang sebaliknya sebagai peringatan. InsyaAllah..
chaiyok2 senior2ku

just my opinion

Thursday, 3 October 2013

Tanjung Rambutan



Assalamualaikum blogger reader. Ready to read my story? If no, please click on 'X' to exit from this tab.. If yes, continue reading...hehehe..

 Mungkin masuk kelab Cul'Art atau disebut 'Kulat' menyebabkan aku jadi terlebih exited..Anyway ape tu Cul'Art?? Kelab menanam kulatkah??Oooohoho..Bukan la.. Kelab Seni bha kalau kau..(mentang2 belajar d sabah, cakap pon dah tukar)..hehe.. Balik je dari meeting tadi terus mencuba segala bakat yang ada dalam diri ini..ceh macam banyak sangat bakat yang ade..ye x nyah..

1.Adakah aku ada bakat bermain muzik mcm Kassim Selamat??
 Gitar corsemate menjadi mangsa >> petik2 tali gitar..
 Semua yang mendengar muka macam ni:
                                                                                                                                      
Tali gitar kau ok ke x??


2. Adakah aku hebat dalam dubbing??
Ternampak patung2 dalam bilik..ermm boleh jadi watak2 aku ni..
Mulakan drama dan menukar nukar suara..
Malangnya semua yang mendengar macam ni:
 kau ni dah makan ubat ke belum??
Kesian kawan aku ni..Patut ke aku panggil ambulans tg. rambutan ni.. kritikal dah ni..

3. Adakah suaraku semerdu hafiz zainal versi perempuan??
Nyanyi punya nyanyi..Tetiba hujan..

Ha bagus la kau ikut itu kelab 'kulat' sesuai dgn kau.. Tak pernah aku jumpa orang macam kau ni..Terlalu mencintai seni..Semua pun kau mau buat..Sekali tengok dah macam pesakit hospital tg. rambutan pun ada..

Aku dengan redha menerima semua itu.. Aku tau disebalik wajah2 mereka yang sedemikian, mereka pasti terhibur.. Mereka terhibur membuatkan aku juga terhibur..=) sekian..

Saturday, 21 September 2013

Kehilangan yang Menggembirakan

Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang pernah kehilangan barang, seseorang malah tempat tinggal sekalipun, jangan bersedih kerana semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang lebih baik dari sesuatu yang hilang tu. Tak percaya ke? Teruskan membaca dan feel the situation...

Cerita 1:
Lokasi: Salah sebuah hostel universiti di Malaysia.
Tarikh: Seminggu sebelum cuti sem(3 bln)

"Fatin, fatin, fatin! Senarai pelajar yang dapat kediaman dalam kampus dah keluar," salah seorang roomateku dgn termengah mengah menerpa aku. Anjat boboi..
"Dah tu, kite dapat tak?" Berdebar menuggu jawapan.
"Emm, hampeh je. Tak dapat pon. Terpaksa la menyewa sem depan kita."

What?? OMG. Acano nak bagitau ibu den ni ha.. Mampoih den. Acano ni, acano ni! Arghh.. Dari mano nak gali duit ni. 
Bila dah sampai rumah, nak bukak mulut nak bagitau tak dapat kediaman ni punya la susah. Tapi kita tetap kena jujur walau sepahit mana pun kenyataan tu. Emm..Bila ibu tanya, aku jawap "dalam proses lagi".Bukan niat nak menipu tapi.. x sampai hati nak merisaukan mereka. Sampai la sehari sebelum aku balik semula ke universiti, aku dapat mesej, "Fatin, nama kau tersenarai dapat kolej di luar kampus. Di ....."
Luar kampus! Tak pernah dengar pulak nama kolej kediaman tu. Haiyoo.. Dalam hati rancak meramalkan suasana kolej tersebut. "Ala, mesti x best macam duduk kat dalam. Mesti susah nak dapat bus. Macam mane nak lepak library. Mesti jauh. OMG!"


Ha kau. Dah sampai baru ternganga mulut. Lagi best dari tempat lama. Ni apartment ke hotel ke hostel. Fuyoo! ade lif.ngengenge. Macam rumah sendiri dah. Gilesssss.


Cerita 2:
"Anda telah diterima untuk menuntut di ........ Sila hadir untuk daftar masuk pada ....."
Mak aiii..Jauh giless.. Kena seberang Laut lagi.. Ala nak balik setiap minggu macam mana. Bukan ape. Rindu kat TV..hehe..
bye rumah..bye tv..
Bila dah sampai.. Makk aii.. aku ni pergi study ke pegi melancong.. Cantik seyyyh..



 


Alhamdulillah. Inilah dinamakan takdir. Semuanya telah ditentukan. Ada yang lebih baik menanti anda selepas kehilangan. InshaAllah..

Saturday, 27 April 2013

PERINGATAN BUAT DIRI!!!

gelak2         
  guling2      
      snap2        
      stalker2           
       marah2                                                                                          

Pelbagai rasa dan emosi yang dirasai dalam satu setiap hari kita. Gelak bersama kawan-kawan. Terasa diri sendiri cute sambil guling-guling. Nak tangkap gambar sana sini. Tengok mamat mamat hensem sambil berasap hidung. Rasa nak mengamuk sebab stress assignment banyak. Dan banyak lagi..

Walau sesukar mana pun kehidupan ini, harus kita tempuhi jua. Walau semanis mana pun hidup di dunia ini, akan kita tinggalkan jua untuk ke alam yang kekal. Ingatlah dunia hanya sementara, jadi jangan kita takut menghadapi mati kerana mati itu pasti. Dan beramallah seperti kita akan mati keesokan harinya. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kena ke dengan situasi..hentamm saja la labu..
Jangan pernah lupa dari Allah kita datang, dari Allah juga kita kembali. Ingatlah ajal tidak mengenal usia.

                                                                   roh berterbangan

Belajar di universiti bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata orang, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah kan. Jadi, Usaha itu tangga kejayaan. Chaiyook2 fatin. Banyakkan berdoa supaya semua urusan dipermudahkan. Insyaallah.

                                                                 dongguemoticon     hiyakk..hiyokk..berusaha2..                                                                                                                                                                         
Jangan banyak mengeluh, bersyukurlah sebanyak banyaknya kepada Allah. Banyak nikmat yang Allah bagi kepada kita tanpa kita sedari. Dan kita pula mengeluh dan berkata 'Kenapa Allah tak kabulkan doa aku' dan berputus asa dengan mudahnya. Fikirlah kembali, kita masih lagi diberi keupayaan oleh Allah. Jangan asyik merungut je Fatin oii. Merungut dalam hati pun Allah boleh tahu.
 girl emoticon   why!! why!! redfoxemoticon asal manusia ni?                                                                                                                                        
Semoga dapat berubah ke arah yang lebih baik. Tapi saya nak kawan-kawan saya pun turut sama-sama berubah kearah yang lebih baik. XOXO..