Pelbagai rasa dan emosi yang dirasai dalam satu setiap hari kita. Gelak bersama kawan-kawan. Terasa diri sendiri cute sambil guling-guling. Nak tangkap gambar sana sini. Tengok mamat mamat hensem sambil berasap hidung. Rasa nak mengamuk sebab stress assignment banyak. Dan banyak lagi..
Walau sesukar mana pun kehidupan ini, harus kita tempuhi jua. Walau semanis mana pun hidup di dunia ini, akan kita tinggalkan jua untuk ke alam yang kekal. Ingatlah dunia hanya sementara, jadi jangan kita takut menghadapi mati kerana mati itu pasti. Dan beramallah seperti kita akan mati keesokan harinya. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kena ke dengan situasi..hentamm saja la labu..
Jangan pernah lupa dari Allah kita datang, dari Allah juga kita kembali. Ingatlah ajal tidak mengenal usia.
Belajar di universiti bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata orang, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah kan. Jadi, Usaha itu tangga kejayaan. Chaiyook2 fatin. Banyakkan berdoa supaya semua urusan dipermudahkan. Insyaallah.
Jangan banyak mengeluh, bersyukurlah sebanyak banyaknya kepada Allah. Banyak nikmat yang Allah bagi kepada kita tanpa kita sedari. Dan kita pula mengeluh dan berkata 'Kenapa Allah tak kabulkan doa aku' dan berputus asa dengan mudahnya. Fikirlah kembali, kita masih lagi diberi keupayaan oleh Allah. Jangan asyik merungut je Fatin oii. Merungut dalam hati pun Allah boleh tahu.
Semoga dapat berubah ke arah yang lebih baik. Tapi saya nak kawan-kawan saya pun turut sama-sama berubah kearah yang lebih baik. XOXO..
-->